Search This Blog

12 February 2012

Faedah Penerapan Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa di Sekolah

Faedah Penerapan Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa di Sekolah
                Komponen sastera yang diterapkan dalam mata pelajaran bahasa diperkenalkan kepada pelajar-pelajar sejak di Tingkatan Satu lagi. Pengajaran komponen sastera atau KOMSAS ini banyak memberikan kesan yang positif kepada pelajar. Pemahaman dan penghayatan terhadap hasil-hasil karya ini mampu menyemaikan perasaan cinta akan budaya sendiri. Melalui karya-karya sastera ini juga, para pelajar diajak agar berfikiran positif supaya mereka kelak dapat menjadi individu yang berwawasan.
                Pelajar berpeluang menghayati karya tokoh sastera hebat seperti Usman Awang, Abdullah Hussein, dan A. Samad Said. Karya-karya mereka sarat dengan pemikiran yang kritis, serta penggunaan bahasa yang indah. Daripada situ timbullah penghargaan terhadap karyawan di Negara sendiri.
                Pengajaran KOMSAS turut dapat mendidik pelajar supaya lebih kreatif dan inovatif. Karya-kary sastera mampu mengubah cara berfikir pelajar menjadi positif. Minat pelajar terhadap mata pelajaran kesusasteraan diharapkan dapat juga dicambahkan. Seterusnya, diharapkan lebih banyak sasterawan dalam kalangan generasi muda dapat dilahirkan. Dalam pada itu, membaca bahan-bahan sastera dapat memberikan kepuasan dan hiburan. Jadi, para pelajar dapat memanfaatkan masa lapang mereka.
                Kesimpulannya, langkah menerapkan KOMSAS dalam mata pelajaran bahasa adalah tindakan yang tepat dan perlu diteruskan. Hal ini demikian kerana KOMSAS mampu melahirkan individu yang berfikiran luas dan matang, serta bersahsiah tinggi.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Karya Sastera Kurang Difahami”, Dewan Budaya, Julai 2009.)

BRAVO! PMR Tingkatan 1 Bahasa Malaysia, m/s 67.

No comments:

Post a Comment